Posted 17 hours 38 minutes ago
Kuantan, 5 Mei 2025 – Dakwaan mengejutkan telah tersebar di kalangan warga Pasukan Gerakan Am (PGA) mengenai salah laku serius oleh Pegawai Pemerintah Batalion 7 (BN 7) PGA, Superintenden Shaharruddin bin Abdul Talib. Beberapa anggota mendakwa bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan peribadi termasuk mengutip wang haram daripada anggota bawahan dan memaksa pegawai mematuhi arahan yang bertentangan dengan etika dan sensitiviti agama.
Menurut sumber daripada forum dalaman keselamatan, Shaharruddin didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pegawai Pemerintah bukan sahaja semasa bertugas di Kem Bukit Galing, tetapi juga ketika menjalankan operasi seperti Ops Taring Wawasan Kelantan (OTWK). Beliau dikatakan menekan pegawai bawahan untuk menyerahkan wang secara bulanan dan mingguan dengan alasan operasi, sambil menunjukkan sikap angkuh dan tidak berperikemanusiaan terhadap anggota bawahannya.
Lebih membimbangkan, tuduhan turut melibatkan tindakan menekan dan menghina anggota lain termasuk memaksa mereka — termasuk yang bukan beragama Islam — untuk menghadiri sesi ‘roll call’ harian di dalam masjid. Tindakan ini dilihat menjejaskan keharmonian antara agama di dalam pasukan, selain memberi tekanan psikologi yang mendalam kepada anggota terlibat.
Anggota yang berkhidmat lebih dari satu dekad menyatakan tidak pernah mengalami suasana kerja seburuk ini sebelum kehadiran Shaharruddin. Ramai yang kini sedang berdepan tekanan mental, termasuk kemurungan dan masalah rumahtangga, akibat arahan serta gaya kepimpinan beliau yang dilihat sebagai kasar dan menyimpang daripada norma profesional.
Selain itu, Shaharruddin juga dikatakan belum disahkan dalam jawatan sebagai Pegawai Pemerintah Bn 7 tetapi telah menunjukkan sikap tamak dan tidak beretika dengan hasrat “mengumpul kekayaan kotor” menjelang persaraannya yang dijadualkan Ogos ini. Dakwaan bahawa beliau tidak dikenakan tindakan meskipun aduan telah dikemukakan ke peringkat atasan menimbulkan kebimbangan tentang kewujudan ‘imuniti dalaman’ dalam struktur hierarki pasukan.
Pendedahan ini menimbulkan desakan agar pihak berkuasa — terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) — segera menyiasat dakwaan tersebut secara menyeluruh. Integriti pasukan keselamatan dan kesejahteraan anggota bawahan perlu diberi perhatian, bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa terus berleluasa dan mencemar nama baik institusi keselamatan negara.
Posted 17 hours 37 minutes ago
Posted 17 hours 38 minutes ago
Posted 1 day 16 hours ago
Posted 1 day 16 hours ago
Posted 1 day 16 hours ago
Posted 2 days 16 hours ago