

Lahad Datu, Sabah – Satu kontroversi timbul dalam pasukan siasatan jenayah Lahad Datu berhubung arahan pelik dari Pegawai Penyiasat (DCO) untuk melambatkan pertuduhan kes judi yang dikenali sebagai “Rumah Terbuka 1953.” Arahan ini dikatakan menyebabkan beberapa kes tangkapan diarahkan untuk tidak diambil tindakan (NFA), meskipun bukti cukup untuk pertuduhan. Menurut sumber dalaman yang mewakili pasukan siasatan jenayah, arahan itu dianggap ganjil kerana Majistret Lahad Datu dijangka akan menjatuhkan hukuman penjara kepada Orang Kena Tuduh (OKT) dan bukannya hanya denda.
Ini menimbulkan persoalan sama ada arahan tersebut dibuat untuk melindungi individu tertentu yang didakwa ada kaitan dengan sindiket perjudian tersebut. Akibat arahan tersebut, beberapa anggota polis (IP) terpaksa menangguhkan tindakan lanjut kerana bimbang ramai OKT yang berasal dari kampung tidak sedar akan status mereka dan akhirnya waran tangkap dikeluarkan jika mereka gagal hadir ke mahkamah.
Situasi ini menimbulkan kebimbangan serius terhadap ketelusan proses pendakwaan dan pelaksanaan undang-undang di Lahad Datu. Lebih membimbangkan, satu kes berhubung isu QR code turut belum dibawa ke pertuduhan sehingga kini, disebabkan penahanan seorang pegawai utama telah dimasukkan ke hospital (dipanggil ufti).
Ini menunjukkan kelewatan dalam prosiding undang-undang yang boleh menjejaskan keadilan. Isu ini menimbulkan tanda tanya dan spekulasi dalam kalangan anggota pasukan keselamatan dan masyarakat setempat tentang integriti serta keadilan dalam pengurusan kes jenayah di Lahad Datu.
Pihak berkuasa disaran mengambil tindakan segera untuk memastikan proses undang-undang berjalan dengan adil tanpa campur tangan luar yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat.