Kontroversi Dalaman PDRM: Dakwaan Skandal Seks dan Layanan Doble Standard Gegar IPK KL

Posted 18 hours 37 minutes ago

Kuala Lumpur, 6 Jun 2025 – Seorang anggota polis yang bertugas di Unit Executive Officer (EO), Balai Kontinjen Kuala Lumpur, tampil membuat pendedahan mengejutkan berkenaan layanan tidak adil dan isu skandal seksual melibatkan pegawai atasan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menurut pengadu, anggota EO sering menerima layanan kasar daripada seorang Sarjan wanita dikenali sebagai Reeza Yulianti binti Japar, khususnya apabila mereka cuba memaklumkan laporan berkaitan kes seksual kepada pegawai penyiasat (IO) atau pegawai AIO di Unit D11, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Kejadian dimaklumkan berlaku berulang kali, namun tiada tindakan diambil walaupun beberapa anggota menyatakan rasa tidak puas hati. Lebih memburukkan keadaan, pendedahan terbaru menyatakan suami kepada Sarjan Reeza sendiri telah membuat laporan polis setelah menemui bukti skandal isterinya bersama dua pegawai polis lain, dipercayai hasil daripada penggodaman telefon peribadi isterinya.

Difahamkan, hubungan sulit tersebut telah berlangsung selama beberapa tahun, termasuk melakukan hubungan intim di beberapa lokasi termasuk stor balai, pejabat D11, rumah serta hotel. Pegawai yang didakwa terlibat dalam skandal tersebut ialah Inspektor Subben Rao, 28, dari IPD Wangsa Maju, dan Koperal Muhamad Eindra bin Jamain dari Balai Polis Pantai, yang juga merupakan seorang suami dan bapa kepada tiga anak.

Walaupun laporan telah dibuat, tiada tindakan disiplin diambil terhadap kesemua yang terlibat sehingga kini, dipercayai kerana mereka mempunyai "kabel kuat" dalam organisasi. Kes ini menimbulkan persoalan besar terhadap integriti institusi PDRM, khususnya dalam menangani salah laku dalam kalangan pegawai sendiri.

Netizen serta warga PDRM yang mengetahui perkara ini mula mempersoalkan keberkesanan bahagian integriti dan pemantauan dalaman seperti Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) serta pelaksanaan inisiatif 3C yang dilaungkan pihak atasan. Pendedahan ini turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan isteri dan suami anggota polis lain, yang khuatir pasangan mereka mungkin turut berinteraksi dengan individu-individu yang terlibat.

Terdapat seruan agar tindakan tegas dan telus diambil segera bagi memastikan kepercayaan rakyat terhadap PDRM tidak terus terjejas, serta memberi mesej bahawa tiada siapa kebal daripada undang-undang – walaupun bergelar "orang dalam".

Scroll to Top